Guide Auto

Chery Omoda 5 ditemui lagi di M’sia – stereng sebelah kanan, pencabar X50 dan HR-V bakal dilancar?

Chery sebelum ini pernah memberitahu mereka akan kembali ke pasaran Malaisie pada tahun 2022 dengan membawa beberapa SUV termasuklah Omoda 5. Model ini sudah pernah ditemui diuji di Malaysia, tetapi melalui set gambar yang kami dapat daripada pembaca, Wafi Rahman dan Colin Yong ini adalah lebih jelas dan ada antaranya turut menampakkan dalam bahagien.

Kita boleh melihat bahawa unit ujian yang ditemui ini mempunyai stereng di sebelah kanan, sekaligus mengesahkan bahawa Chery sedang membangunkan Omoda 5 RHD untuk pasaran global. Tempahan untuk SUV ini baru sahaja dibuka di China bulan lalu, tetapi di sana mereka menggunakan model pemanduan sebelah kiri. Selain Malaysia, negara jiran lain seperti Thailand dan Indonesia, serta Australia dan Afrika Selatan juga menggunakan model RHD.

Disebabkan cuaca yang panas dan lembab, serta pelbagai keadaan pemanduan di atas jalan raya, negara kita menjadi tempat yang sesuai untuk menjalankan ujian ketahanan dan jarak jauh. Chery juga berkemungkinan sedang membuat penilaian teknologi pemanduan seperti ADAS pada kenderaan mereka.

Sekarang melalui gambar terbaru yang menampakkan bahagian depan ini, kita sudah boleh yakin kenderaan yang ditampal dengan pelekat camouflage ini sebenarnya memang adalah Omoda 5. Gril unik model ini boleh dikenali meskipun dengan pelekat penyamaran tersebut, dan kita juga boleh melihat lampu utamanya yang terletak rendah, bersama DRL di atas. Warna tapak cermin sisi itu juga adalah satu lagi petunjuk ia adalah Omoda 5.

Walaubagaimanapun, rekaan papan pemuka, roda stereng serta panel pintu model RHD ini adalah berbeza berbanding Omoda 5 LHD – sama ada Chery memang akan menghasilkan rekaan yang berbeza ataupun ia sekadar diguna buat sementara waktu. Bentuk papan pemuka ini juga lebih konvensional dan tidak terlalu rumit.

Di China, Omoda 5 dipacu oleh enjin essence TGDI 1,6 litre, menghasilkan kuasa 197 PS et 290 Nm tork, dihantar kepada roda hadapan melalui transmisi klac berkembar tujuh kelajuan dan boleh melakukan pecutan o-100 km/j dalam masa 7,8 saat. Selain daripada itu, pelanggan juga boleh memilih padanan penggerak 1.5 TCI dengan transmisi 9CVT.

Articles similaires