PLUS umum lorong kiri, kecemasan Tapah-Bidor ditutup 5 hari mulai 27 juin untuk penyelenggaraan

Plus Malaysia Berhad (PLUS) telah mengumumkan penutupan lorong kiri kiri dan kecemasan antara Tapah ke Bidor di Kilometer (KM) 338.20 hingga KM 339.25 arah selatan di Lebuhraya Utara Selatan selama lima hari. Ia akan dilaksanakan bermula 27 Jun hingga 1 Julai 2022 berikutan pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan jalan.

Menurut PLUS, lorong kanan di 338.20 hingga KM 339.25 (arah Selatan) masih boleh dilalu oleh semua kenderaan, manakala penggunaan laluan kecemasan akan diaktifkan secara berkala bergantung kepada keperluan semasa.

“PLUS mengutamakan keselamatan dan keselesaan di lebuh raya dan secara berterusan melakukan pelbagai usaha dan inisiatif untuk meningkatkan kedua-dua aspek tersebut.

« Pengguna yang menghala ke selatan dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka dengan menggunakan aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terkini melalui paparan kamera litar tertutup (CCTV) yang disediakan », ujar PLUS.

Dalam masa yang sama, PLUS turut menasihati para pengguna lebuhrayanya supaya mematuhi semua papan tanda trafik serta arahan yang dikeluarkan oleh kakitangan PLUS ketika melalui kawasan terbabit.




Source link

Laisser un commentaire

Votre adresse e-mail ne sera pas publiée.

onze − six =